Thursday, June 30, 2016

TEKNOLOGI


INILAH YANG MENJADI SAKSI KEJUJURAN ANDA DI TEMPAT KERJA. . . 

Seringkali kita dengar berkaitan permasalahan di tempat kerja berkaitan pengunaan mesin kehadiran ataupun “Punchcard”. Apa yang dapat kita bayangkan setiap pagi apabila “Punchcard” yang kita nak guna tak berfungsi dengan sepatutnya. Adakah masalah daripada Mesin Kehadiran tersebut? ataupun masalah integriti dan sikap amanah pekerja kita dan akhirnya, sesetengah pekerja tidak pun mempunyai bukti kehadiran mereka sendiri dan tak kurang juga yang meminta bantuan kawan sekerja mereka untuk “Punch” kan mesin kehadiran bagi pihak mereka terutama apabila mereka datang lewat ataupun ponteng kerja. 

Mesin inilah yang menjadi saksi kehadiran pekerja setiap hari. Sama ada awal, lewat, semua tersimpan di tempat ini.
MESIN "PUNCH CARD"


Bagi kebanyakkan syarikat di Malaysia, ada majikan yang memilih untuk menggunakan access card yang mana ianya tidak memerlukan sebarang kata laluan untuk masuk dan keluar pejabat. Malah, ianya amat mudah untuk digunakan. Namun, berbeza dengan satu lagi alternatif majikan yang  mempercayai sistem biometrik yang berfungsi sama dengan sistem mesin rekod kehadiran yang lain. Ianya satu alternatif yang berbeza bagi memastikan tidak ada seorang pun pekerja yang berkesempatan untuk menipu berkaitan kehadiran mereka ke tempat kerja.


Satu situasi mudah yang boleh kita faham, contohnya, kalau penggunaan “Punch Card”, pekerja boleh meminta rakan sekerja untuk “Punch” mesin kehadiran bagi pihak mereka. Kalau penggunaan “Access card”, mereka boleh meminta kawan untuk “Swipe” kan. Tetapi, tidak dengan Sistem Biometrik yang perlu menggunakan jari sendiri untuk mengesan rekod kehadiran mereka sendiri. Tentunya tak boleh nak suruh orang lain yang buat kan?



Selalunya, orang yang perlu menyedari akan permasalahan ini adalah pihak majikan. Kekurangan yang ada pada kegunaan Mesin Kehadiran tentunya akan menjadi kegembiraan kepada pekerja yang mungkin memberikan mereka kelonggaran dalam ketepatan dan waktu mereka perlu masuk dan keluar daripada tempat kerja. Namun, ianya tentu akan memberikan permasalahan kepada pihak majikan ataupun pihak sumber manusia yang sangat memerlukan rekod kehadiran pekerja terutama dalam pengurusan Payroll/Gaji Pekerja. Realistik? anda yang tentukan... 


TIME ATTENDANCE BIOMETRIC SYSTEM
INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT BERKAITAN SISTEM KEHADIRAN YANG LEBIH EFEKTIF? LAYARILAH LAMAN WEB YANG TERTERA......





No comments:

Post a Comment